Thursday, 21 July 2016
Interview Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)
Monday, 21 December 2015
Mahasiswa : Tips Menambah Pendapatan Sampingan
Assalamualaikum. Hari ini tergerak hati utk menulis tips menambah pendapatan sampingan bg mahasiswa. Kalau nak harapkan duit pinjaman atau biasiswa, mmg ikat perut lah. Bila dah nak hujung2 sem, makan megi la jawabnya. Jadi sy nak kongsikan serba sedikit cara mendapatkan wang simpanan tanpa tertinggal jauh dari pelajaran. maksudnya, berniaga tp tak jejas masa belajar.
MENJUAL ROTI SAUSAGE
Modal yang diperlukan:
-Roti sausage (10buku) : RM3.00
- Sausage (10batang) : RM 2.00 (beli kat giant)
- Sos cili : RM 3.00 (peket)
- Mayonis : RM 7
Jual dengan harga RM1.50.
Anggaran modal 1 biji roti sausage :50 sen.
Untung sebiji roti : RM 1.00
Kalau sehari jual 30 biji, bermakna sehari untung RM30.00
senang je cara ni, Since duduk hostel kita x boleh memasak, so rebus je sausage dlm heater. Dah siap packing, letak kat pintu utama hostel or faculty.
CHOCOLATE MOIST CAKE
Malas nak bangun pagi rebus sausage?? ok, another option is beli chocolate moist dr pengedar. modal RM 2.50.. jual RM 3.50.. untung RM1 satu bekas. yang ni kena jaga kalau tak habis kena simpan dlm fridge. kalau tak cepat rosak.. tp slalu nye Alhamdulillah jual lakuuuu
JUAL GULA-GULA / KEREPEK
Bisnez ni paling simple and mostly ramai dah jual. Pegi je kedai borong. Beli gula-gula ke.. apollo pastu jual (3 biji = RM1).. kawan-kawan mesti suka. kuliah sampai petang, lapa dlm kelas, dorg mesti beli pny simpan dlm beg.
Kalau kerepek ni cepat lemau. so kena la ade seal machine. pastikan pilih kerepek yg sedap dan packing ade attraction. kalau tak menarik, pelanggan tak mau beli.
Nak kasik cepat habis mcm mane?? haa.. senang je.. kerepek, gula-gula tu letak dlm plastik, then dlm kuliah gerakkan pass2 kt kwn2. haa.. Insyallah lakuuu mcm goreng pishangg
PRINTER

Bisnes printer ni kena ada modal banyak sikit. tp untung nye, lumayannn o0o0... ok.. jom calculate:
1.Printer : simple pny printer (Canon iP2770) RM 130
2.External Ink (CISS) : kalau pegi kedai install RM70.
* why not kita DIY, beli kat Lazada dgn harga RM40, pasang sendiri. Jimat lagi. kalau tak taw cara pasang, leh search tutorial kt utube.
* Install ink kat luar tu mahal sikit, tp boleh print beribu riban kertas o0o.. serious jimat & menguntung kan
* Kertas A4 : RM11 (double A 500 sheet) beli la kat supermarket murah. kalau beli kdai2 runcit mahal
Kiraan Untung
* 1 pcs kertas : RM11/500pcs = 0.022 sen
Cas printing 10sen sekeping.
Untung sekeping 0.075 sen
Kalau customer print 100 keping = RM 10.00
Modal kita = RM2.20
Untung = RM 7.80
yang paling penting ialah pastikan customer kenal bisnes kita. sekarang ade whatsapp, fb..haa...buat la iklan.. JANGAN MALU !!
THESIS SUBMISSION
Bila sampai masa utk submit thesis, masa tula peluang kita. Buat iklan kat kawan2. senang je.. mintak customer sent by email, than kita print.
Tiap org kena buat 4 jilid thesis. lets say each thesis dlm 70page. kalau 4 jilid (70page x 4 = 280pcs)
280pcs = RM 28.00
Lepas tu buat khidmat jilid. kita tlg hantar kedai utk jilid.
Paling murah 4 Jilid (Eng) RM60/ (Arb) RM90
Kita ambil la upah RM5.

Nak lagi ??? Jual CD. Pihak Universiti akn minta kita hantar softcopy thesis kita save dlm CD. haa....beli la Cd bundle tu baru RM4.50 ( 50keping). jual la sekeping RM 1.50. untung RM 1.40 !!
So, total untung berapa?? 4jilid thesis leh dpt (Print) RM 21 + (jilid) RM 5 + (CD) RM1.40 = RM27.40!!
tu baru sorang yang tempah.. sy pernah buat, dpt 30+ customer .. kali la sendiri ye :)
Ink habis??? jangan la beli ink yang ori.. kalau ori maw RM150. beli je yang refill.. RM10 je satu.
PREBET
Yang ni pulak untuk orang yang ade kereta la.. dan memerlukan kerajinan dan bijak mengatur masa. mcm biasa, advertisement memainkan peranan penting. buat iklan, kertas kecil2 selit kan bawah pintu tiap bilik, tampal iklan kt bus stop. yang penting letak harga biarlah win win situation. jangan terlalu mahal jangan terlalu murah. kalau murah customer sekali je pakai khidmat kite. kalau murah plak makan diri sendiri. Jangan habis duit kat minyak, tp upah utk diri sendiri tak da.
KERETA SEWA
Ingat kata ni, risiko tinggi, untung besar ! Pakai kereta utk pergi kelas during weekday. weekend sewa kan. hantar kereta pada customer pagi. Malam ambil kereta balik. b0omm...dapat RM100. haha.. nampak mudah kan. yes!! sgt mudah.. tp kena ingat, berani tanggung kalau pape berlaku.
Sebelum sewa kan kereta, buat agreement dgn customer and state " Penyewa adalah bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian penyewa sendiri.
- dapatkan salinan IC, lesen, matric card
- pastikan insuran kereta first party or third party.
btw, kalau buat sewa kereta should be legal right kn.. kena ada lesen. oleh kerana buat sewa pakai sendiri, for sure la tak legal. hehe.. * paham kan ~~
UPAH FOTOSTAT
Permulaan semester for sure sume org nak kena beli buku. yet nowadays ada buku yang fotostate tp nampak mcm ori. haaa..taw la kan betapa mahal nye buku ori..
So, cara mudah AMBIL ORDER KAT KULIAH utk fotostate buku/ nota... then ambil la upah sorg RM 2 utk afford kita buat keja. Ambil order + kutip duit + order kat kedai + dah siap ambil + bagi kat customer.. penat taw..
kalau satu kuliah ade 100 org... (100 x RM 2 = RM200).. baru satu subject.. kalau ade 5 -6 madah?? haaaaa...
KLIA
This one for those who stay near to KLIA. hehe.. buat iklan kt group bangi ke KL ke..Kajang... bg harga super murah. konsep nye sama je dgn prebet. tp yg ni focus KLIA. sebab apa?? sebab teksi yg "limo" tu mahal bebeno0o0 cekik darah punya harga..haa...
BADAN UNIFORM
okkk...yg ni bukan niaga. tp leh dikira sbg keje part time maybe?? masuk la mana2 badan uniform yg offer $$$.. o0opss.. mmg la kena ikhlas kan hati, tp sape tak nak $$ kannnn.. haha.. penat2 kawad, mengajar, lompat sana sini, muka hitam kena jemur,. haha.. dpt la fulus skit pn ok la tu...
haa..mcm sy, kadang2 ada buat kelas ari sabtu. sy ambil kesempatan ambil order utk mkn tengahari. Nasi lauk ayam merah + sayur kobis (RM 3.50). kalau ade 150 org = RM 525. modal dlm lingkungan RM200+ je.. tp yg ni seyez penat.. huhu... sbb masak sndiri ngn 6 lg kwn2.
Ok..inilah sedikit perkongsian sy utk menambahkan pendapatan. saya bercerita berdasarkan pengalaman sy sendiri. sy dgr ramai kwn yang nak meniaga, tp tak berani, malu, tak da modal, tak de partner. u all... cadangan yg sy bg ni u can do it yourself. tp mcm sy, sy ada partner yg membantu.yang penting jujur, kepercayaan dgn partner. and... partner jgn la ramai sgt. sbb nnt kena kongsi untung ramai2. hehe.. bukan xboleh.. tp modal kita sikit, untung tak la berjuta. tp sekurang nya sy dapat la beli moto sebijk, jejalan kemboja, langkawi dll..
* Jgn bash saya utk post ni. sy hanya kongsi kan tips supaya kwn2 yang lain boleh sama-sama berniaga. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
* Sy bermula modal dengan RM 10. skrg lebih kurang RM2000..
- suhailamran-
Thursday, 31 January 2013
Wuduk Orang Sakit
Bagi kebanyakan orang yang terlantar dihospital, ada segelintir yang solat nya jadi jamak takyah. ok..husnuzon sikit.. maybe dorang nak kumpul banyak2 pastu dah sihat baru jamak. Nama pun jamak. Jamak sungguh la ni .. ~
Bagi pesakit yang banyak sangat dah wayar-wayar kat badan, apakah cara untuk berwuduk sedangkan pesakit tak mampu untuk bergerak?
Minta orang lain tolong ambil kan wuduk untuk pesakit. Cara nya, ambil sebaldi air. Letak kan air pada tapak tangan & kemudian minta pesakit niat. sapukan air tersebut pada bahagian wajib wuduk. Buat seperti berwuduk secara normal.
Sekiranya pesakit bermasalah untuk mendapatkan bantuan diambilkan wuduk, maka pesakit boleh lah menjamakkan solat nya
- Zohor dan Asar didirikan dalam waktu zohor (jamak taqdim)
- Zohor dan Asar didirikan dalam waktu Asar(jamak takhir)
- Magrib dan Isya' didirikan dalam waktu Magrib (taqdim)
- Magrib dan Isya' didirikan dalam waktu Isya'(takhir)
Pesakit boleh jamak sahaja. Bukan Qasar. Kerana Qasar hanya bagi musafir. Sebelum diambilkan wuduk, pastikan pesakit bersih daripada sebarang kotoran.
Bagaimana pula pesakit yang badan berbalut sehingga menyebabkan air tidak dapat sampai ke anggota wuduk?
Memadai menyapu air seliputi balutan. Menurut Imam Abu Hanifah : memadai dengan menyapu sebahagian besar balutan. Jumhur : Wajib disapu air meliputi seluruh balutan.
*Jika badan pesakit tidak boleh terkena air, maka tayamum adalah rukhsah yang Allah berikan.Iaitu dengan menggunakan debu tanah yang suci. Sekarang ni tiada masalah untuk mendapatkan debu tanah utk dejadikan tayamum. Banyak dah kedai2 menjual nya. Waallahualam :) *ISLAM ITU MUDAH. SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MATI
Sunday, 13 January 2013
Resepi Nagasari
Assalamualaikum..

Saya nak berkongsi bersama resepi yang saya dapat daripada mak saya. Saya suka sangat bab masak2 desert ni. Asal cuti je mesti dok sibuk mencari resepi baru. ok. ni resepi yang paling100x saya suka dan sedap. My favorite ever.
Naga pakai sari.... NAGASARI
Bahan-bahan

Saya nak berkongsi bersama resepi yang saya dapat daripada mak saya. Saya suka sangat bab masak2 desert ni. Asal cuti je mesti dok sibuk mencari resepi baru. ok. ni resepi yang paling100x saya suka dan sedap. My favorite ever.
Naga pakai sari.... NAGASARI
Bahan-bahan
- Santan (2biji kelapa parut)
- Garam
- Tepung beras
- Gula pasir
- Pisang emas
Cara-cara
- Dapat kan santan dengan nisbah , santan 3 cawan : tepung beras 1 cawan
- Siap2 letak dalam periuk santan tersebut, bersama garam sikit dan gula secukup rasa. (jangan banyak sangat gula, sebab pisang dah cukup manis)
- Hidup kan api, kacau adunan sehingga menjadi likat (mcm gula malt)
- Padam api. Terus letak kan sedikit adunan bersama pisang emas. Buat mcm lepat pisang.
- Kukus selama 20 minit.
- Sedia di hidang
Selamat mencuba. Ni gambar nagasari. Copy dr google je gmbr ni. Tak menyempat nak amek gamba :)
![]() |
| Guna cawan saiz macam ni utk buat anggaran santan dan tepung beras. |
Wednesday, 9 January 2013
Tips Melancong Ke Beijing
Assalamualaikum..
Hari yang sgt2 tenang.. almaklumla, baru habis final exam. Bila dah abes exam ni, blur je duduk rumah, tak taw plak nk buat apa. Alhamdulillah ada masa nak update blog yang dah berhabuk ni. Tapi kali ni dalam Malay jela. :) Selalu busy memanjang dgn assignment, presantation, exam .. +++ stress..!! begitu lah lumrahnya bila dah bergelar mahasiswa ni. Lagi2 degree.. agak berat sikit berbanding diploma.
ok.. straight to main topic kita. Before final exam, saya dengan suka suki nya buat cuti sdn. bhd untuk melancong ke negara Tembok Besar China ni bersama-sama family tercinta saya ni. (6 orang). Entah mcm mane tah, kantoi dengan lecture USIM yang kebetulan satu group kami. hehe..Dah terang-terang ada taik lalat kt tapak kaki ni, orang cakap banyak berjalan.. haha.. betul la tu.. kami holiday selama 8 hari 6 malam. actully, kalau betul2 punya, tak sampai 8 hari pun. Sebab dalam flight dah ambil masa 6 jam. Kami duduk dekat hotel FX Hotel Yansha Beijing. memang sangat selesa. cuma WIFI dia lembab sesangat. Dapat Whatsapp jela gamaknya.. Kami pergi under grouping UTAS.. so, nak kata khidmat UTAS ni mmg tiptop la.. *promote cikit.. kawan abah punye company. (^^,) . ok.. story sikit berdasarkan experience saya sepanjang berada di sana. dan Tips bagi sesiapa yang nk travel ke sana k..Kami pergi time winter. Temperature -20c
- Alhamdulillah kami dapat tourist guide yang fasih berbahasa Melayu. Ms Lina nama nya. Keturunan Manchuria. Dia telah mengambil kursus belajar bahasa selama beberapa bulan. So proud with her, baru belajar beberapa bulan dah boleh berkomunikasi dengan baik. so, depend on group masing2, maybe dpt yang tak taw speaking Malay. so, english la jwb nya..
- Kat sana tak payah nak risau sangat kalau tak taw berbahasa cina. Sebab, most of chinese yg berniaga sgt2 fasih berbahasa melayu. Termasuk lah peniaga yang jual kat tepi2 jalan. Sebab dorang tahu,org Malaysia ni ramai yang melancong ke sana. Memang sangat2 ramai org kita melancong ke sana. Pendek cerita, Beijing tu mcm dah tempat orang Melayu la.
- Tapi, kene tahu jugak sikit2 istilah bahasa cina. Cth: Tandas. In case emergency, dibuat nya bila tanya orang cina tu mana toilet, dorang tak paham. haa.. terkuncil laa..haha. Kat sana toilet nya tak ada paip air. So, get ready bawak botol kosong or tisu basah. kalau time winter, memang sejuk la air nya. Sebab tu la kena bawak tisu baby tu. kalau guna air......erkk... sejukkk.. paham2 jela ~
- Penduduk Beijing lebih kurang jumlah penduduk kita 1 Malaysia. 1 Malaysia taw. Bukan 1 Selangor. So, betapa padat nya penduduk dekat Ibu Kota Beijing ni. Yang kaya semakin kaya. yang miskin tetap miskin. Walaupun padat, development nya sangat mengujakan. Cantik. Banyak bangunan pencakar langit. Nama pun negara komunis. tapi hebat ! penduduk nya berdisiplin. Setiap street dikawal CCTV. Polis memerhati melalui kamera. So, rakyat nya sgt2 mematuhi undang2. Kagum2.. kita baru letak AES dah bising. =.=
- Bagi pelancong yang nak beli2 barang yang dijual daripada penjual tepi2 jalan2 tu. Sila sediakan duit cukup2. Jangan keluarkan 100 yuen untuk beli barang yang harga nya hanya 10 yuen. Orang cina ni tak di didik dengan kejujuran. dorang dah prepare duit palsu khas utk tourist ni. so, please be careful. Kalau nak lagi senang, tanda kan duit korang dengan pensil. buat kecik2 sudah. Jangan nak lukis gamba pelik. sekadar utk taw tu duit kita.
- Tukar duit siap2 dekat Malaysia. Sebab kalau tukar duit dekat sana, rugi sikit.+++ dorang suro kita byr komisyen. cth: 100 dolar.. kalau nk tukar, kita kena byr dia komisyen 20yuen = RM 10.. banyak cantik !!!!!!
- Kalau duit Yuen dah habis, peniaga2 ni mintak duit Dolar. So, siap2 bawak kalkulator. Peniaga ni pakai sebut je bpe dolar. Padahal dorang tipu kita. So, kena la pandai math ye kalau tak nak kene tipu..
- Yang paling best ialah.. barang kat sana murah2. Tapi kita kena tahu mana satu yang ori atau fake. Tapi peniaga ni suka letak harga gila2.. sampai beribu-ribu Yuen. Memang gilerr.. so, Kita lagi kene gile daripada dorang. Tawar harga runtuh seboleh-boleh nya sampai 80%... haa.. before nak beli kena tanya harga kn? dorang akan letak cth: 3500 yuen.. ape lagi.. korang cakap kat peniaga tu.. ARE YOU CRAZY ???? .. sebab.. bila kita tawar harga, dia tanya kita nak berapa.. kita cakap.. nak beli dengan harga 100 YUEN. confirm orang cina tu ckp.. ARE YOU CRAZY?? please dont brake my heart..special price ONLY FOR YOU. hahaha.. fair kan. Ayat dorang ni sama je.. pandai2 la kita main tawar2 ye.. memang boleh harga 3500 yuen lepas tawar jadi 100 yuen . giler kan orang cina ni nak kelentong kita..
- Peniaga sana memang samseng2. Dorang marah2 kita kalau tawar harga murah sgt. tp dorang tetap bagi harga murah. haha.. tapi tak pe.. memang seronok gaduh2 dgn dorang. at the end, dpt beli barang tu dengan harga murah. Kalau dorang maki kita guna bahasa cina, kita maki la dia balik pakai bahasa kita..jawa ke.. kelantan ke.. dorang bukan paham pun. :P
- Kalau pergi time winter, memang sangat2 sejuk. Nanti tourist guide akan bawa kita tempat utk shopping baju winter. memang sangat murah and cantik2 baju nye. Tak payah nak excited sgt beli barang2 winter kat Malaysia ni. harga cekik darah ! better beli kat sana.
- Bila dah nak balik, utk yang naik MAS, seorang boleh bawak tak lebih 20kg. Pandai2 la bajet barang tu. Satu advantage bagi yang pergi grouping, kita boleh tumpang kilo dengan group kita. Lebih2 yang ada kanak-kanak. Budak kan.. tak beli ape.. leh la menumpang :)
- Sistem pengurusan airport kt Beijing sgt2 menyakitkan hati. o0opss.. sebab... itu tak boleh..ini tak boleh. Even bawa air coke ke lighter ke utk masuk perut kapal terbang (bukan hand luggage taw).. pun tak boleh. erkk.. lambat ! nak check in je dah ambil masa 4 jam. Bagi nak mecepatkan urusan, tak payah la nak letak cecair or lighter masuk cabin. Utk airasia, kalau lebih kilo, kena tambah duit. sekilo RM30++ tak silap. *cek balik.
- China memang terkenal dengan sejarah pemerintah Dinasti. So, jangan lah kita datang utk shopping semata-mata. Tambahkan ilmu tu. Bak kata : cari lah ilmu walupun ke negara Cina sekalipun. Raja cina ni memang banyak. Bila tourist guide tu dah start bercerita pasal sejarah cina, maka.. bermula lah kepala ni pening. Kejap raja ni..kejap raja lain pulak. So, before pegi cina, study la awal2 ye. :) * ni dah terpasang niat nak ambil kursus bahasa cina :)
- Orang cina ni sgt2 pandai berniaga, cara dorang meniaga, cara promote. wo0o0w!! kita kena belajar cara mereka berniaga. And sgt pandai menipu. haha.. yang tu.. tak taw la kena belajar juga ke tak. tepuk dada tanya iman.
- Time winter, saya tak mandi betul2. Jujur jela. Sebab, kalau mandi + pakai sabun, badan kita akan gatal-gatal dan tidak selesa. Tu masalah nya. Tak pe.. tak busuk pong :D tak yah pakai deodorant pun tak pe. Cuaca sejuk dan kering. Bibir pun kering. Siap2 kan sekali pelembab bibir ye dan krim tangan.
- Orang sana ajar, kalau sakit demam ke, selesema ke, tak payah makan ubat. Minum teh cina je.Yap, memang mujarab .
- Tentang makanan, alhamdulillah tak ada masalah. Tourist guide kita akan bawa kita tempat2 yang halal. Tak perlu risau. Mcm buah berangan, keledek pun kita boleh beli. memang sedap. Berbanding dgn Hong Kong, HK susah sikit makan. Kene bawak bekal maggie la. Takut malam2 lapar.
- Orang cina suka makan sayur. Orang Malaysia suka makanan goreng-goreng. Bila dah duduk negara orang ni, consider la sikit makan masakan org cina. Nasi berkanji. Tapi not bad la. sedap jugak. Berat tak turun-turun gak :P kadang-kadang dorang akan serve kita makanan bergoreng. kena la juga cita rasa Malaysia. Kadang-kadang kasik kita pakai chopstik. Kena la belajar k. tak pun, cucuk je ..haha
- Sutera. Memang sangat terkenal dengan sejarahnya. So, kalau nak beli selimut kat sana adalah sangat tepat. Murah dan berkualiti.
- Time winter, bila naik tembok besar sangat bahaya. Be careful ye :)
- Solat.. org cina sana tahu hormat org Islam. Time solat, dia akan bawa kita ke masjid. Masjid nya pun bersih. Telekung provided lagi bersih. Siap tempat ambil wuduk tu akan ada orang jaga kan. Bagus kan dorang. betul la orang cakap, bila kita pergi negara bukan Islam, kita nampak Islam. Bila kita pergi negara Islam, tp kita tak nampak Islam.
- Bila solat Jumaat, kat sana lain. Khutbah nya sampai 3 jam. Berdasarkan cerita, orang Malaysia , lagi2 org yang dah berumur, tak tahan duduk sampai 3 jam. tp, kalau nak keluar awal dr masjid tu malu pula. Jadi, kita ni kan musafir. Ada rukhsah nya :)
Itu lah sedikit sebanyak perkongsian berdasarkan pengalaman saya. Memang seronok berjalan-jalan ni. Bila dah habis cuti, maka kena lah kembali ke alam realiti. Exam.. O.0) .. Apa-apa pun, Malaysia tetap di hati ku. :) mana tahan duduk kat negara 4 musim. kalau sejuk sampai -24c ... kalau musim panas.. nak mencecah sampai 45c.. best lagi Malaysia, tak payah nak pakai baju tebal2.. selesa.. alhamdulillah :)
Diharap tips2 ni dapat memberi manfaat kepada semua ~~~
| Group kami |
| Kalau dekat tv selalu tgk dorang makan gula-gula ni. Tapi tak berani la saya nak makan . Macam best |
| Forbidden City. |
| Memang tak kan lepas kan peluang menonton acrobatic show. |
| Sutera |
| Jed |
| Keledek panas. lepas makan keluar angin kus-kus :D |
| The Great Wall. Time winter, tak dapat naik tinggi-tinggi. sangat licin dan bahaya |
| Pu'er Tea. umur nya 80 tahun. Harga 500 yuen = RM250 . Mahal melampau. slimming tea.. nak kurus punya pasal, ada je yang beli. Tutup mata.. bayar.. |
| Panda comel sgt2.. rasa nak peluk jee |
Labels:
Beijing,
forbidden city,
great wall china,
holiday,
salji,
tips,
tips ke beijing,
traveler,
vacation,
winter
Location:
Beijing, China
Subscribe to:
Comments (Atom)



.jpg)
.jpg)