Assalamualaikum..
Hari yang sgt2 tenang.. almaklumla, baru habis final exam. Bila dah abes exam ni, blur je duduk rumah, tak taw plak nk buat apa. Alhamdulillah ada masa nak update blog yang dah berhabuk ni. Tapi kali ni dalam Malay jela. :) Selalu busy memanjang dgn assignment, presantation, exam .. +++ stress..!! begitu lah lumrahnya bila dah bergelar mahasiswa ni. Lagi2 degree.. agak berat sikit berbanding diploma.
ok.. straight to main topic kita. Before final exam, saya dengan suka suki nya buat cuti sdn. bhd untuk melancong ke negara Tembok Besar China ni bersama-sama family tercinta saya ni. (6 orang). Entah mcm mane tah, kantoi dengan lecture USIM yang kebetulan satu group kami. hehe..Dah terang-terang ada taik lalat kt tapak kaki ni, orang cakap banyak berjalan.. haha.. betul la tu.. kami holiday selama 8 hari 6 malam. actully, kalau betul2 punya, tak sampai 8 hari pun. Sebab dalam flight dah ambil masa 6 jam. Kami duduk dekat hotel FX Hotel Yansha Beijing. memang sangat selesa. cuma WIFI dia lembab sesangat. Dapat Whatsapp jela gamaknya.. Kami pergi under grouping UTAS.. so, nak kata khidmat UTAS ni mmg tiptop la.. *promote cikit.. kawan abah punye company. (^^,) . ok.. story sikit berdasarkan experience saya sepanjang berada di sana. dan Tips bagi sesiapa yang nk travel ke sana k..Kami pergi time winter. Temperature -20c
- Alhamdulillah kami dapat tourist guide yang fasih berbahasa Melayu. Ms Lina nama nya. Keturunan Manchuria. Dia telah mengambil kursus belajar bahasa selama beberapa bulan. So proud with her, baru belajar beberapa bulan dah boleh berkomunikasi dengan baik. so, depend on group masing2, maybe dpt yang tak taw speaking Malay. so, english la jwb nya..
- Kat sana tak payah nak risau sangat kalau tak taw berbahasa cina. Sebab, most of chinese yg berniaga sgt2 fasih berbahasa melayu. Termasuk lah peniaga yang jual kat tepi2 jalan. Sebab dorang tahu,org Malaysia ni ramai yang melancong ke sana. Memang sangat2 ramai org kita melancong ke sana. Pendek cerita, Beijing tu mcm dah tempat orang Melayu la.
- Tapi, kene tahu jugak sikit2 istilah bahasa cina. Cth: Tandas. In case emergency, dibuat nya bila tanya orang cina tu mana toilet, dorang tak paham. haa.. terkuncil laa..haha. Kat sana toilet nya tak ada paip air. So, get ready bawak botol kosong or tisu basah. kalau time winter, memang sejuk la air nya. Sebab tu la kena bawak tisu baby tu. kalau guna air......erkk... sejukkk.. paham2 jela ~
- Penduduk Beijing lebih kurang jumlah penduduk kita 1 Malaysia. 1 Malaysia taw. Bukan 1 Selangor. So, betapa padat nya penduduk dekat Ibu Kota Beijing ni. Yang kaya semakin kaya. yang miskin tetap miskin. Walaupun padat, development nya sangat mengujakan. Cantik. Banyak bangunan pencakar langit. Nama pun negara komunis. tapi hebat ! penduduk nya berdisiplin. Setiap street dikawal CCTV. Polis memerhati melalui kamera. So, rakyat nya sgt2 mematuhi undang2. Kagum2.. kita baru letak AES dah bising. =.=
- Bagi pelancong yang nak beli2 barang yang dijual daripada penjual tepi2 jalan2 tu. Sila sediakan duit cukup2. Jangan keluarkan 100 yuen untuk beli barang yang harga nya hanya 10 yuen. Orang cina ni tak di didik dengan kejujuran. dorang dah prepare duit palsu khas utk tourist ni. so, please be careful. Kalau nak lagi senang, tanda kan duit korang dengan pensil. buat kecik2 sudah. Jangan nak lukis gamba pelik. sekadar utk taw tu duit kita.
- Tukar duit siap2 dekat Malaysia. Sebab kalau tukar duit dekat sana, rugi sikit.+++ dorang suro kita byr komisyen. cth: 100 dolar.. kalau nk tukar, kita kena byr dia komisyen 20yuen = RM 10.. banyak cantik !!!!!!
- Kalau duit Yuen dah habis, peniaga2 ni mintak duit Dolar. So, siap2 bawak kalkulator. Peniaga ni pakai sebut je bpe dolar. Padahal dorang tipu kita. So, kena la pandai math ye kalau tak nak kene tipu..
- Yang paling best ialah.. barang kat sana murah2. Tapi kita kena tahu mana satu yang ori atau fake. Tapi peniaga ni suka letak harga gila2.. sampai beribu-ribu Yuen. Memang gilerr.. so, Kita lagi kene gile daripada dorang. Tawar harga runtuh seboleh-boleh nya sampai 80%... haa.. before nak beli kena tanya harga kn? dorang akan letak cth: 3500 yuen.. ape lagi.. korang cakap kat peniaga tu.. ARE YOU CRAZY ???? .. sebab.. bila kita tawar harga, dia tanya kita nak berapa.. kita cakap.. nak beli dengan harga 100 YUEN. confirm orang cina tu ckp.. ARE YOU CRAZY?? please dont brake my heart..special price ONLY FOR YOU. hahaha.. fair kan. Ayat dorang ni sama je.. pandai2 la kita main tawar2 ye.. memang boleh harga 3500 yuen lepas tawar jadi 100 yuen . giler kan orang cina ni nak kelentong kita..
- Peniaga sana memang samseng2. Dorang marah2 kita kalau tawar harga murah sgt. tp dorang tetap bagi harga murah. haha.. tapi tak pe.. memang seronok gaduh2 dgn dorang. at the end, dpt beli barang tu dengan harga murah. Kalau dorang maki kita guna bahasa cina, kita maki la dia balik pakai bahasa kita..jawa ke.. kelantan ke.. dorang bukan paham pun. :P
- Kalau pergi time winter, memang sangat2 sejuk. Nanti tourist guide akan bawa kita tempat utk shopping baju winter. memang sangat murah and cantik2 baju nye. Tak payah nak excited sgt beli barang2 winter kat Malaysia ni. harga cekik darah ! better beli kat sana.
- Bila dah nak balik, utk yang naik MAS, seorang boleh bawak tak lebih 20kg. Pandai2 la bajet barang tu. Satu advantage bagi yang pergi grouping, kita boleh tumpang kilo dengan group kita. Lebih2 yang ada kanak-kanak. Budak kan.. tak beli ape.. leh la menumpang :)
- Sistem pengurusan airport kt Beijing sgt2 menyakitkan hati. o0opss.. sebab... itu tak boleh..ini tak boleh. Even bawa air coke ke lighter ke utk masuk perut kapal terbang (bukan hand luggage taw).. pun tak boleh. erkk.. lambat ! nak check in je dah ambil masa 4 jam. Bagi nak mecepatkan urusan, tak payah la nak letak cecair or lighter masuk cabin. Utk airasia, kalau lebih kilo, kena tambah duit. sekilo RM30++ tak silap. *cek balik.
- China memang terkenal dengan sejarah pemerintah Dinasti. So, jangan lah kita datang utk shopping semata-mata. Tambahkan ilmu tu. Bak kata : cari lah ilmu walupun ke negara Cina sekalipun. Raja cina ni memang banyak. Bila tourist guide tu dah start bercerita pasal sejarah cina, maka.. bermula lah kepala ni pening. Kejap raja ni..kejap raja lain pulak. So, before pegi cina, study la awal2 ye. :) * ni dah terpasang niat nak ambil kursus bahasa cina :)
- Orang cina ni sgt2 pandai berniaga, cara dorang meniaga, cara promote. wo0o0w!! kita kena belajar cara mereka berniaga. And sgt pandai menipu. haha.. yang tu.. tak taw la kena belajar juga ke tak. tepuk dada tanya iman.
- Time winter, saya tak mandi betul2. Jujur jela. Sebab, kalau mandi + pakai sabun, badan kita akan gatal-gatal dan tidak selesa. Tu masalah nya. Tak pe.. tak busuk pong :D tak yah pakai deodorant pun tak pe. Cuaca sejuk dan kering. Bibir pun kering. Siap2 kan sekali pelembab bibir ye dan krim tangan.
- Orang sana ajar, kalau sakit demam ke, selesema ke, tak payah makan ubat. Minum teh cina je.Yap, memang mujarab .
- Tentang makanan, alhamdulillah tak ada masalah. Tourist guide kita akan bawa kita tempat2 yang halal. Tak perlu risau. Mcm buah berangan, keledek pun kita boleh beli. memang sedap. Berbanding dgn Hong Kong, HK susah sikit makan. Kene bawak bekal maggie la. Takut malam2 lapar.
- Orang cina suka makan sayur. Orang Malaysia suka makanan goreng-goreng. Bila dah duduk negara orang ni, consider la sikit makan masakan org cina. Nasi berkanji. Tapi not bad la. sedap jugak. Berat tak turun-turun gak :P kadang-kadang dorang akan serve kita makanan bergoreng. kena la juga cita rasa Malaysia. Kadang-kadang kasik kita pakai chopstik. Kena la belajar k. tak pun, cucuk je ..haha
- Sutera. Memang sangat terkenal dengan sejarahnya. So, kalau nak beli selimut kat sana adalah sangat tepat. Murah dan berkualiti.
- Time winter, bila naik tembok besar sangat bahaya. Be careful ye :)
- Solat.. org cina sana tahu hormat org Islam. Time solat, dia akan bawa kita ke masjid. Masjid nya pun bersih. Telekung provided lagi bersih. Siap tempat ambil wuduk tu akan ada orang jaga kan. Bagus kan dorang. betul la orang cakap, bila kita pergi negara bukan Islam, kita nampak Islam. Bila kita pergi negara Islam, tp kita tak nampak Islam.
- Bila solat Jumaat, kat sana lain. Khutbah nya sampai 3 jam. Berdasarkan cerita, orang Malaysia , lagi2 org yang dah berumur, tak tahan duduk sampai 3 jam. tp, kalau nak keluar awal dr masjid tu malu pula. Jadi, kita ni kan musafir. Ada rukhsah nya :)
Itu lah sedikit sebanyak perkongsian berdasarkan pengalaman saya. Memang seronok berjalan-jalan ni. Bila dah habis cuti, maka kena lah kembali ke alam realiti. Exam.. O.0) .. Apa-apa pun, Malaysia tetap di hati ku. :) mana tahan duduk kat negara 4 musim. kalau sejuk sampai -24c ... kalau musim panas.. nak mencecah sampai 45c.. best lagi Malaysia, tak payah nak pakai baju tebal2.. selesa.. alhamdulillah :)
Diharap tips2 ni dapat memberi manfaat kepada semua ~~~
 |
| Group kami |
 |
| Kalau dekat tv selalu tgk dorang makan gula-gula ni. Tapi tak berani la saya nak makan . Macam best |
 |
| Forbidden City. |
 |
| Memang tak kan lepas kan peluang menonton acrobatic show. |
 |
| Sutera |
 |
| Jed |
 |
| Keledek panas. lepas makan keluar angin kus-kus :D |
 |
| The Great Wall. Time winter, tak dapat naik tinggi-tinggi. sangat licin dan bahaya |
 |
| Pu'er Tea. umur nya 80 tahun. Harga 500 yuen = RM250 . Mahal melampau. slimming tea.. nak kurus punya pasal, ada je yang beli. Tutup mata.. bayar.. |
 |
| Panda comel sgt2.. rasa nak peluk jee |
sangat menarik! saya plan nak backpack ke beijing bulan mac ni.. winter tengah memuncak tu. dah baca guide ni, lega la sikit. terima kasih! :)
ReplyDeletesaya pun mac 2014 nih akan ke beijing..great tips.
ReplyDeleteKalau saya plan nk g backpack je mcm mane dgn transportation?mudah tak?
ReplyDeleteBoleh tahu guna travel agensi mana ye?
ReplyDeletesy gune UTAS travel agent
DeleteTq....for sharing...saya teringgin plak nk g sana....budget g sana dlm brapa...
ReplyDeleteHi kak nak tanya
ReplyDeleteHotel include breakfast tak?
hi, kalau pergi secara backpack, senang tak dpt cari makan?
ReplyDeletetipsnya keren, bisa hemat nih
ReplyDeleteThank you tau sebab share experience dekat sana. Pergi tak Great Wall?
ReplyDelete