Thursday, 31 January 2013

Wuduk Orang Sakit

Bagi kebanyakan orang yang terlantar dihospital, ada segelintir yang solat nya jadi jamak takyah. ok..husnuzon sikit.. maybe dorang nak kumpul banyak2 pastu dah sihat baru jamak. Nama pun jamak. Jamak sungguh la ni .. ~ 


Bagi pesakit yang banyak sangat dah wayar-wayar kat badan, apakah cara untuk berwuduk sedangkan pesakit tak mampu untuk bergerak? 


Minta orang lain tolong ambil kan wuduk untuk pesakit. Cara nya, ambil sebaldi air. Letak kan air pada tapak tangan & kemudian minta pesakit niat. sapukan air tersebut pada bahagian wajib wuduk. Buat seperti berwuduk secara normal.
Sekiranya pesakit bermasalah untuk mendapatkan bantuan diambilkan wuduk, maka pesakit boleh lah menjamakkan solat nya
  1. Zohor dan Asar didirikan dalam waktu zohor (jamak taqdim)
  1. Zohor dan Asar didirikan dalam waktu Asar(jamak takhir)
  1. Magrib dan Isya' didirikan dalam waktu Magrib (taqdim)
  1. Magrib dan Isya' didirikan dalam waktu Isya'(takhir)
Pesakit boleh jamak sahaja. Bukan Qasar. Kerana Qasar hanya bagi musafir. Sebelum diambilkan wuduk, pastikan pesakit bersih daripada sebarang kotoran.
Bagaimana pula pesakit yang badan berbalut sehingga menyebabkan air tidak dapat sampai ke anggota wuduk?

Memadai menyapu air seliputi balutan. Menurut Imam Abu Hanifah : memadai dengan menyapu sebahagian besar balutan. Jumhur : Wajib disapu air meliputi seluruh balutan.



*Jika badan pesakit tidak boleh terkena air, maka tayamum adalah rukhsah yang Allah berikan.Iaitu dengan menggunakan debu tanah yang suci. Sekarang ni tiada masalah untuk mendapatkan debu tanah utk dejadikan tayamum. Banyak dah kedai2 menjual nya. Waallahualam :) *ISLAM ITU MUDAH. SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MATI

No comments:

Post a Comment